Program Iftar Pondok Unais Ramadan 1444
Hari ni 1 syaaban .. tinggal sebulan lagi sebelum Ramadan menjelma… Pondok Unais berusaha setiap tahun untuk menghidupkan Ramadan (Ihya Ramadan) dengan pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan. Antara ibadah yang penting dalam bulan Ramadan menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa.. Rasulullah menyatakan bahawa orang yang memberi makan orang berbuka puasa akan mendapat pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikitpun.. Siapa tak nak pahala berganda? Kita dapat 2 pahala puasa dalam 1 hari iaitu puasa kita sendiri dan puasa orang yang kita beri iftar..
Semoga menjadi asbab kita mendapat rahmah Allah, maghfirah keampunanNya dan terlepas dari panas api neraka. Amin
Cepat isi malam pilihan anda sebelum ia berlalu pergi ..